Mira's FotoPage

By: Mira Azmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 27-Jan-2007 15:59 Email | Share | | Bookmark
Bun Coklat- emm lazat

image001

BUN COKLAT
Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
20 gm serbuk koko
100 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam
Bahan B
250 ml air
80 gm majerin
Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk roti Bread Machine.
3. Masukkan pula bahan A dan setkan BM pada Dough saja.
4. Bila doh telah siap dn naik sekali ganda tekan supaya angin keluar.
5. Bahagikan doh pada 20 gm setiap satu. [Jika suka letakkan kismis dalam
doh]
6. Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan kuning telur dan bakarkan dalam oven yg telah dipanaskan 200'C
selama 25 minit.
8. Bila telah masak keuarkan dan sapukan majerin untuk mengilatkan roti.
NOTA:
Bagi yg tiada BREAD MACHINE boleh buat mengikut resepi BUN MANIS yg pernah
kak liza tuliskan sebelum ini


Saturday, 27-Jan-2007 15:43 Email | Share | | Bookmark
Puisi Minda

Wahai manusia yang paling bahagia

kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata,

kalung dan emas menghiasinya

melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya

bagaikan berita gembira,bagaikan hujan,

bagaikan fajar, bagaikan sinar, dan bagaikan awan

dalam sujud, dalam doa,

dalam sikap merasa pengawasan Allah,

dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh

dan kitab-kitab jua dipesankan

oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua

yang darinya Rasul Tuhanmu

dapat menguasi bangsa

Romania

dan bangsa Arab

engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia

berkat keyakinan yang ada

dalam kalbumu yang suci

lagi penuh ketaatan


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net